Tuesday, December 13, 2011

UJIAN ALLAH S.W.T...

ASSALAMUA'LAIKUM...

Allah menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara dan tahap.
Sesungguhnya tanpa ujian daripada Allah, kehidupan ini sekadar satu perjalanan biasa.
Allah berfirman yang bermaksud:"Yang menjadikan mati dan hidup supaya
Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia
Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Surah al-Mulk, ayat 2)

Serangan wabak penyakit, banjir, kemarau, gempa bumi
atau ribut adalah sebahagian ujian Allah. Ujian itu terkena tanpa
mengira taraf keimanan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman turut
menerima kesannya sebagai ujian.

Rasulullah S.A.W bersabda diriwayatkan Tarmizi bermaksud:" Apabila
Allah mencintai sesuatu kaum, Dia menguji mereka. Sesiapa yang
redha akan mendapat keredhaan Allah dan sesiapa yang marah, akan
mendapat kemurkaan-Nya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :' Demi zat yang diriku ada
ditangan-Nya, tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada
hamba-Nya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya.
" (Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu, apabila berdepan dengan sesuatu bencana, tindakan
pertama ialah redha terhadap apa yang menimpa, kemudian dilakukan
usaha sepatutnya untuk mengurangkan kesan musibah dan seterusnya
memulihkannya kembali. Setiap musibah menimpa perlu diatasi untuk
mendapat kembali apa yang diingini. Jika mengalami penyakit, usaha perlu
dilakukan ialah ubat untuk kembali sihat. Begitulah dengan musibah lain
yang perlu ditangani.

Anggapan mengatakan setiap cubaan daripada Allah hanya perlu
dihadapi dengan redha dan berserah kepada takdir menentukan
adalah satu fahaman salah. Allah menyuruh kita berusaha mendapatkan
kembali keadaan asal, bahkan dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Allah
memberi kita akal untk memikirkan perkara kebaikan dan menyelesaikan
permasalahan hidup yang menimpa diri, keluarga dan masyarakat. Berserah
kepada Allah semata-mata tanpa berusaha bermakna tidak menggunakan
keistimewaan akal dan kebolehan yang dikurniakan Allah.

Sekiranya kita menerima sesuatu musibah dengan redha dan tenang,
Allah akan membuka rahmat-Nya dengan seluas-luasnya. Fikiran dalam
keadaan tenang dan bijaksana biar pun berdepan saat mencemaskan.
Tindakan yang dilakukan akan mendapat petunjuk daripada Allah
dan lebih mudah untuk diselesaikan. Sebaliknya , perasaan tidak menentu,
takut dan marah kepada apa yang menimpa akan menjadikan keadaan lebih
kelam-kabut.
Tanpa disedari diri kita lebih dikuasai oleh syaitan berbanding akal.
Syaitan bukan sahaja menunjukkan jalan yang salah bahkan menjauhkan
manusia daripada mengingati Allah.

Orang yang tidak dapat menerima hakikat apa yang menimpa dirinya
mudah berputus asa dan mencampakkan diri dalam kebinasaan.
Ramai orang berputus asa untuk terus berusaha mengubati penyakit yang
dialami yang dianggap tidak mungkin dapat disembuhkan lagi.
Sesungguhnya setiap usaha yang dilakukan untuk kebaikan akan mendapat
balasan daripada Allah. biarpun mungkin usaha dilakukan tidak memberi
apa-apa kesan positif, anggaplah itu sebahagian daripada menuruti
tuntutan agama dan balasan kebaikan diterima di akhirat nanti.
Sebagai muslim yang yakin dengan kuasa Allah ,
tidak ada apa yang mustahil bagi Allah. Banyak 'keajiaban' yang
Allah kurniakan kepada sesiapa yang tidak mudah menyerah kalah
dalam perjuangan hidup. Manusia hanya merancang, sedangkan
Allah menentukannya.

Firman Allah bermaksud:" Apa saja nikmat yang kamu perolehi
ialah daripada Allah dan apa saja bencana yang menimpa kamu ,
maka daripada (kesalahan) diri kamu sendiri " (Surah an-Nisa ayat 79)



Monday, December 12, 2011

SABAR...DOA KITA DIMAKBULKAN OLEH ALLAH...

Bismillahhirrahmaanirrahiim...

Alhamdulillah...mari sama2 kita panjatkn rasa syukur kehadrat Allah S.W.T,krana masih lg membri pluang utk kita hidup...kwn2 skalian,masa hidup ni lah kita kena manfaatknnya sebaik mungkin dgn mempersiapkn bekaln2 kita ke akhirat kelak....kata Tuan Guru Ustaz Fahmi,jikalau seseorng m'nusia itu dimatikn oleh Allah,nescaya m'nusia itu akn mohon kpd Allah dgn berkata, : "tolng lah hidupkn aku smula..walaupn hnya sesaat"....masyaAllah....smpai bgitu skali kwn2...

Baiklah...sperti yg saya janjikn,hari ini saya sdiakn buat kalian smua dgn satu tjuk yg dibincangkn di Pondok Air Jernih,Gerik...jd,hari ini,saya ingin kongsikn brsama kalian smua...yakni,"Sabar...Doa Kita Dimakbulkan"

Kawan2 skalian....

Saya ingin mulakn bicara utk hri ini dgn sebuah hdis utk direnung bersama...

"Dua rakaa't yng dilakukn oleh seorng hamba ditengah mlm itu lebih baik baginya drpd dunia ini serta seluruh isinya"...(hadis riwayat Adam bin Abu Iyas)

Kwn2 yg saya kasihi skalian...pernahkah anda mahupn saya berfikir tngtng,'apakh doa aku dimakbulkn?'....bg saya,saya pernah berfikir bgitu....tp,bila difikirkn balik,Allah sbnrnya menangguhkn doa kita sbb dia nk dngr suara kita mengadu kpd-Nya...kalau Dia makbulkn trus,apakh mungkin hambaNya itu berdoa lg kpd-Nya....*fikir2 kan lah....

Kwan2 skalian...,

Firman Allah S.W.T di dlm surah al-ghafir,ayat 60 ;
"berdoalah kpdku,nescaya Aku menerima doa kamu"......

Diriwayatkn drpd Abu Hurairah r.a,bhwa Rasulullah pernah brsabda :

"Tuhan kami 'Azza wa Jalla turun stiap mlm ke lngit dunia tatkala tinggal lg spertiga mlm yg akhir lalu brfirman,'Siapakh yg mahu brdoa kpd-Ku,nescaya Aku akn trima doanya..Siapakh yg mahu meminta kpd-Ku,nescya Aku berikan..Siapakh yg mahu bermohon keampunan kpd-Ku,nescya Aku mengampuninya"...(HR Bukhari)

Jadi kwn2,kalau kita renung dn hayati maksd hadis tersebut,maka x da doa kita yg Allah S.W.T x makbulkn...Wahai kawan2 ku!..Doa kita sntiasa dimakbulkn

Pengajarn yg dpt dpetik drpd hadis ini ialah,Allah S.W.T menerima doa kita dgn cara-Nya yg trsendiri,yakni dgn 3 cara.. :

1) Diperkenankn doa nya di dunia,dgn diberikn apa sja hjatnya...
2)Doa nya telah diperkenankn,tp hajatnya disimpn dan akn diberikn di akhirt kelak...
3)Doa nya telah diperkenankn,tetapi bukan dgn diberikan apa yg diminta,tetapi dgn cara diselamatkn dirinya drpd bala bencana....

Jd kwn2 ku skalian..yakinlah! apabila shj kita mengangkt tngn brmohon kpd Allah,nescya Allah akn makbulkn...

*berdoa lah,jgn smpai putus asa dgn apa yg kita hajatkn*...

Sekian shja dr saya....

Assalaamua'laikum....


Sunday, December 11, 2011

HEBAHKAN JAWATAN KOSONG INI...DPT PAHALA TAU !!!


JAWATAN KOSONG !....

Permohonan Adalah Dipelawa Bagi Mengisi Kekosongan Jawatan MAKMUM SOLAT BERJEMAAH LIMA WAKTU.....


Pendapatan Lumayan : 27kali ganda pahala,5kali sehari

Elaun Perjalanan : 1 langkah ke masjid/surau (dpt satu pahala & terhapus satu dosa)

Bonus Mingguan : khutbah Jumaat

Kelayakan : -baligh
-lelaki dan perempuan
-tidak gila
-tidak uzur syarie'

Waktu Temuduga : di setiap masjid/surau brdekatan dgn kediaman kalian...stiap kali solat
Zohor,Asar,Maghrib,Isya' dan Subuh...

Tarikh Tutup : sebelum MATI dan sebelum HARI QIAMAT...


P/S : borang tdk perlu di isi...hnya perlu hadir ke masjid/surau brhampiran tmpat kediaman anda,pd stiap kali waktu solat....

Terima kasih...



Saturday, December 10, 2011

SOLAT SUNAT GERHANA

Assalamua'laikum....

Alhamdulillah,marilah sama2 kita ucapkn setinggi-tinggi kesyukuran kpd Allah kerana msih lg membri peluang kpd kita utk trus hidup dan membri kesempatan kpd kita utk mlihat sebahagian tanda2 kekuasaanNYA yakni fenomena gerhana bulan pd hari ini...(10/12/2011,bersamaan 15Muharam,1433 Hijrah)...

Sdikit ilmu ingin dikongsikn bersama tntng kaifiyat yakni cara2 mendirikan solat sunat gerhana...bg yg sudh tahu,bgus!...

Solat sunat gerhana bulan mempunyai 2 rakaat, 4 kali rukuk, 4 kali sujud....

Rakaat pertama baca suratul fatihah,kmudian baca surah,kemudian rukuk....slps bngun dr rukuk,i'tidal...kemudian baca suratul fatihah kembali dan diikuti bacaan surah(kembali kpd keadaan sprti solat yakni tangan dipinggang)...kemudian rukuk,i'tidal dan bru lah sujud...begitu juga di rakaat kedua...

Jd,ini lah ssdikit maklumat buat smua yg mana blum tahu cara menuanaikannya....

*INFO RIA* : bg mengambil sunnah rasulullah,disunatkan tngk dahulu gerhana trsebut,kmudian bru lah dirikan solat sunat gerhana...

Sekian,wassalam...

KHUTBAH GERHANA BULAN....(khatib di Masjid Jame' Grik : Alfadhil Ustaz Sulaiman)

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat.

Muslimin / muslimat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin:

وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Maksudnya :Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing

Kita baru sahaja menyaksikan kejadian gerhana matahari pada bulan lepas dan pada malam ini pula kita dapat sama-sama saksikan bagaimana kejadian gerhana bulan. Kejadian ini mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.

Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah

Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:

سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”

Kejadian gerhana bulan dan matahari menunjukkan kepada kita bagaimana kedua kejadian ini walau pun hebat tetapi berada arahan dan perintah Allah. Walau bagaimana pun hebat dan kuat sesuatu kejadian Allah namun ia mempunyai kelemahan di mana kehebatan dan kekuatan yang tidak akan kurang walaun sedikit hanya milik Allah. Betapa malangnya sekira ada umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan sesuatu selain Allah sebagai tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang tidak seberapa sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama ini iaitu Allah. Begitu juga lahirnya ramai manusia yang hanya merasa bagaimana hebatnya pergerakan bulan, matahari dan segala cakerawala yang lain di atas landasan orbitnya tanpa berlakunya perlanggaran antara satu sama lain tetapi golongan ini gagal menjejaki tentang adanya Allah yang mengatur segala pergerakan tersebut. Inilah antara kelemahan akal manusia yang terbatas had kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka manusia tidak mampu mengenali Allah Tuhan Pencipta walau pun terlalu kagum dengan alam ciptaanNya.

Muslimin / muslimat yang dihormati sekalian,

Kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan sebaliknya ia menunjukkan antara kehebatan dan kekuasaan Allah. Kejadian gerhana juga bukanlan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

إن الشمس والقمر آيتانمن آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتىينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu

Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,

Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

[ إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته ، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله وكبروا، وصلوا ، وتصدقوا …… ( البخاري )

Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala di mana kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah sembahyang dan bersedekahlah……

Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka.”

Muslimin / mat yang dikasihi sekalian,

Pernah suatu masa Rasulullah s.a.w terus melakukan solat sunat apabila berlakunya gerhana dengan bacaan yang panjang dalam kedaan seolah-olah seperti akan berlaku qiamat. Ini semua mengajar kita semua agar sentiasa ingat kepada hari kematian kita serta hari qiamat yang begitu dahsyat dengan kehancuran langit dan bumi termasuk bulan dan matahari. Peringatan ini sewajarnya kita perbanyakkan terutama bila berlakunya gerhana sebagaimana malam ini.

فرمان الله دالم أية 6 – 12 سورة القيامة :

يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ وَخَسَفَ الْقَمَرُ وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ كَلَّا لَا وَزَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ

Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Kedua

الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلَقَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالقَمَرَ نُوْرًا , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ

Maksudnya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.

إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَرَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُبِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ

Perhatian :

Ada ulama’ seperti Syeikh Ali Syabramallisi yang berpendapat bahawa dibacakan istighfar sebagaimana Khutbah Sunat Istisqa’ (Minta hujan) iaitu :

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

9 kali pada awal khutbah pertama dan 7 kali pada awal khutbah yang kedua

( Kitab Kasyfu al-Litham jilid 1 )

Thursday, December 8, 2011

SEGERA LAKUKAN AMAL,ELAK FITNAH...(khutbah jumaat)

Bismillahhirrahmaanirrahiim...

Alhamdulillah...atas permintaan rakan saya supaya mnulis tentng khutbah jumaat pd hari ini(9/12/2011),jd saya pn menunaikan hajatnya....sperti yg tertera di atas,tjuk khutbah jumaat di Masjid Jame' Grik ialah "Segera Lakukan Amal,Elak Fitnah"....

Masa demi masa berlalu dgn begitu pantas...di ibaratkan sperti kilat yg sabung-menyabung...msih lg tringat azam tahun baru pd tahun lepas,yg masih tdk tertunai lg...kini,kita telah tiba di lembaran yg baru yakni pd 1433 Hijrah...dgn tibanya lembaran bru ini,diharapkan kita Umat Islam skalian dpt meningkatkn amal ibadat disamping melakukan tugas2 harian kita...dgn amal ibadat yg kita lakukan sbnrnya dpt mengelakkan fitnah durjana yg dilakukan oleh m'nusia sendiri...jika kita lihat,sekrng ni fitnah smakin bermaharajalela di ats muka bumi ini...rmai umat Islam yg tdk mngetahui bahawasanya sgala amal ibadt yg dilakukn dpt menangkis fitnah2 tersebut....

Umat Islam yg pasif adlah amat dilarang keras oleh Islam...sbb itu turunnya firman Allah yg menyuruh hambanya mnyegerakan utk lakukan ibadt sperti yg terkandung dlm surah Al-Jumua'h...umat Islam harus bekerja keras bagi menegakkan syiar Islam dan menangkis segala fitnah2 yg dilakukan oleh puak2 Yahudi yg sememangnya sejak azali mreka memusuhi Islam...

***********************************************************************
#dipetik drpd khutbah Jumaat Masjid Jame' Gerik,Perak...

NIKMAT ALLAH S.W.T...

Bismillahhirrahmaanirrahiim...

Alhamdulillah,brsyukur kita kpd Allah krna msih lg membri pluang kpd kita utk trus hidup supaya kita mngerjakan segala printahnya...jd,pd hri ini kita msuk kpd tajuk,"Nikmat Allah S.W.T"...

Rakan2 skalian...kalau nk dilihatkan,Allah telah mngurniakn begitu bnyk nikmat kpd kita...namun,apakah pernah kita memikirkan tentang nikmat2 yg Allah brikan kpd kita?...apakh pernah kita slalu menyebutkan rasa syukur kita dlm doa harian kita??...renung,dan fikir-fikirkanlah whai rakan-rakanku skalian...

Rakan2 skalian...kata rasulullah,nikmat yg bnyak m'nusia sia-siakn adalah nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa...kalau kita brfikir dalam2,sngt2 bnyk nikmat yg Allah kurniakan...nikmat
hidup aman,nikmat keluarga,nikmat rezeki dan bnyak lg...namun,walaupn diantara m'nusia ini tidak melaksanakn printah-NYA,Allah tetap membrikan mreka2 ini nikmat...lihat! betapa pemurahnya Allah S.W.T....

Untuk menjadi seorng yg hebat,kita hendaklah menggunakan nikmat yg dikurniakan kpd kita dgn memanfaatkannya dgn sebaik mungkin...contohnya,jikalau kita dikurniakan Allah S.W.T menjadi kaya,jd sumbngkan lah sbhagian harta itu kpd jalan Allah yakni mendermakan utk amal kebajikan...dgn cara ini,skaligus kita dpt men"topup" bekalan kita di akhirat nnti...

Rasanya,cukup stakt ini utk hari ini...kalau artikel yg saya tlis ini ada kaitan dgn kalian,saya minx maaf...saya mnulis ni,utk panduan dan renungan bersama...

Sekian,wassalam...

Wednesday, December 7, 2011

MAKLUMAT UNTUK DIKONGSI BERSAMA...

Bismillahhirrahmaanirrahim....
Alhamdulillah,dpt kita bersua kembali dlm blog ini...hari ini,saya ingin kongsikn brsama pembaca blog ni tentang satu tajuk yg sngt2 menarik dan mungkin akn membuatkn kalian terkejut yakni, "Jangn Buka Quran Dgn Air Liur"....kalian boleh mlihat laman sesawang di youtube dgn menekan ini ------> http://www.youtube.com/watch?v=bm26sh4B5js

Saya amat yakin,rmai yg tdk tahu lg mengenai hal ini....video yg memakan masa hmpir 2 minit 43 saat ini membicarakn tentng hukum bukak quran dgn dicalitkn air liur pd jari...dlm video ni,ceramah dismpaikn oleh Ustaz Azhar Idrus,seorng penceramah yg trkenal di Trengganu dan juga sluruh Malaysia...ustaz azhar mengatakn hukum buka quran dgn jari yg dicalitkn dgn air liur adalh HARAM...ikuti kupasan lanjutnya dgn menonton video ni...

P/S : sebarng pertanyaan,boleh berhubung dgn saya kerana saya telah bertanyakn tntng hal ni kpd beberapa orng ustaz...

Wassalam...

Monday, December 5, 2011

SAMBUNGAN DARIPADA TABIAT ANAK2 ADAM...

-sambungan-
subhanallah~

kawan2,kalau dlm diri kita/hati kita ni, x terdetik sdikit pn sifat memaafkn ksalahan orng lain...ini satu budaya yg nabi kata jgn!...itu dipnggil sbgai "syarruhum",yakni orng paling burukk skali prangai...
Tak buleh nak reda marah tu...

Yg sterusnya nabi kata...jaga-jaga!...dan yg sebaik-baik dr orng itu ialah orng yg lambat marahnya,dan lekas/cepat teduhnya(reda)...ini adalah orng yg terbaik sifatnya...

Dan,yg sterusnya yg rasulullah kata...jaga-jaga lg!!...yg paling jahat dikalangan mreka(m'nusia) ialah orng yg lekas marah,dan lammbat reda marahnya... Ini yg saya katakn pd tazkirah smlm(cuba tngk post smlm)...bertahun-tahun,takk bek-bek(baik-baik)...hanya isu kecik jaa..smpai skrng x bek(baik) lg...kita kne paham satu hdis,"kita adalah bersaudara"...tok sah dok gadoh2 dh...

Baik...anak adam yg pemarah itu,tidk baik!...sesungguhnya,nabi kita tlh membritahu kita beberapa jnis sifat m'nusia...yakni sifat pemarah... Kenapa marah ni nabi ada sebut dlm sebuah hdis yg panjang??!...sbb marah ni kawan2,buleh jd mcm2...maraah buleh jd derhaka kpd Allah...ada petani yg tanam padi,bila nk tuai hsil padi,habih smua tenggelam dek krana air banjir....haaa!..hak ni kita buleh tngk kt belah-belah pantai timur lahh...laa ni kn musim banjir.. Dia lompat turun tangga rumah dia dgn golok(parang) di tangan..." Kalau brani,turun lwn dgn aku"..."elok aku nk tuai padi,turun mai pulak banjir!"... MaasyaAllah kwn2...dia cabar Allah S.W.T... Haaa!..ini yg saya katakn td...anak adam yg pemarah itu tidak baik!... Kalau bgitu lah sifat petani trsebut,dia boleh jd murtad!!..pasai apa?!..kerana dia telah menabar kekuasaan Allah Taala... Kwn2 kena jaga...ada orng yg marah smpai tahap buleh bunuh orng... HAAA!!..hri ni bnyk kita tngk kes2 bunuh...kalu tngk surat khbr tu,dok muka depan skali pasai kes bunuh...kdng2 bukn pasai msalah besar pn....hak yg bru2 ni...adik tikam abng..bukan pasai apa pon..hnya semata-mata x mau bayaq hutng 50ringgt... Tu diaa!...smpai tahap tuu!...

Ini menunjukkan marah ni adalah satu benda yg besar...sbb itu ada satu shabat rasulullah dtg kpd baginda,minx pesan kpd dia... "whai rasulullah,pesan kpd saya satu pesanan yg ringkas,tetapi senang saya buat...kata rasulullah,jgn marah!"... itu saja kawan2...betapa buruknya sifat marah ni...sehingga nabi ada sebut pasai marah ni,dlm satu hadis yg panjang...

Jd,saya rasa..cukup stakt ini shj tajuk berkaitn "Tabiat Anak2 Adam"... insyaAllah,di lain hari saya akn menulis lg tazkirah2 yg menarik utk kalian smua...


P/S: tazkirah dlm blog ini di"update" stiap hari....

sekian,wallahu a'lam....apa yg baik,jdkan lah ia sbgai iktibar...dan yg buruk itu,jdikanlah ia sbgai benteng kpd diri kita dlm misi kita melaksanakn printah Allah S.W.T....

TABIAT ANAK-ANAK ADAM

Tabiat yg pertama (1) :
-anak adam yg lekas/cepat marah,tetapi...cepat reda kemarahannya...

*telinga ni nipis,kawan2...cuukup nipis!...dan cuukup cepat marah!...tp bila cepat kmarahannya,cepat jua lah reda kemarahannya...ini,yg nombr satu... Ini satu mcm tabiat m'nusia yg Allah Taala jadikn, akn dia...iaitu orng yg lekas marah apbila dtng sesuatu yg memberangkan hati dia...benda yg memberangkan hatinya dtng,haaa!...dia pn marah...sikit punya pasai pn dia marah...tetapi,lekas pulak hilang marah dia... Dia marah-marah-marah,habih gitu je lah...mcm dek angin lalu jaa... Dia turun-turun tngga surau,kasut ilang...dok cariii merata...kt bwh tngga x jmpa,kt sini x jmpa,kt situ x jmpa...hbis kwsn tangga dia terokaa...pastu smbil mencari tu,dia sebut "celaka m'nusia mana yg ambik kasut aku nih!"...haaaa!...dia bukan sebut astaghfirullah dlu,dia pi bantai celaka dlu~ ...

Mai turun sorng pak hji lalu tanya kt dia..."pasai apa duk lagu ni?...mcm orng mati bini jaa".... Ni haa pak hji,kasut ilang..celaka punya m'nusia...dia pn jalan laa balik rumah tnpa kasut...smpai satu kdai runcit,dia pi beli ksut baru... Haaa!...habih gitu je lah marah dia...~

Ada setengah orng,dia marah-marah...x mai dh surau...pasai apaa?..sbb kasut ilang...dia sepok sana,sepok sini...dia maki,"ingat kaa mai surau mlm2 buat bek(baik),tobat laghong aku x mai dh lepah ni... HAAA!!~ ini contoh tabiat marah yg buruk!...

Tabiat marah yg bgus,cepat marah dan cepat reda... Ayahanda marah?...takk...ayahanda tak marah...haa!...cuba kita tngk crita P.Ramlee yg hak 3abdul tu...
Haaa apa yg saya crita pangjang lebaq kt atas tu,adalah golongn yg pertama..cepat marah,dan cepat reda kemarahannya...

Sbb apa dia marahh??...sbb,dtng sesuatu perkara yg memberangkan dia... contohnya,lwn ckp dia...bantah ckp nyaa...terguris pd hati dia sikit...dahh marah dahh...tetapi,dia x simpan smua tu...ini lah yg dinamakn cepat marah,dan cepat reda kemarahannya...

Tabiat yg kedua (2) :
-lambat marah...dan apabila dia jd marah,tabiatnya sejuk dan tenang darahnya(cepat)... Rasulullah berkata,jaga-jaga...setengah drpd mreka orng yg lekas marah,tetapi lambt reda...

Lekas marahnya,tp lambat reda...bilaa??...x tau laaa...mungkin dua tiga taun,bru hilang marah nya...punya lamaa nya nk marah...HAAA!!..hak ni yg paling terok skali....cepat marah,tp lambat reda...

#rasanyaa,cukup stakat ini shja...yg sturusnya akn disambung kendian hari...insyaAllah...

Sunday, December 4, 2011

SHEIKH MISHARY RASHED ALAFASY

Insan ini diberi nama Sheikh Mishary Rashed Alafasy...beliau mempunyai kemerduan suara yg sngt luar biasa...ayat-ayat suci al-quran yg dibacakan oleh beliau mampu membuatkan kita menangis..