Tuesday, December 13, 2011

UJIAN ALLAH S.W.T...

ASSALAMUA'LAIKUM...

Allah menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara dan tahap.
Sesungguhnya tanpa ujian daripada Allah, kehidupan ini sekadar satu perjalanan biasa.
Allah berfirman yang bermaksud:"Yang menjadikan mati dan hidup supaya
Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia
Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Surah al-Mulk, ayat 2)

Serangan wabak penyakit, banjir, kemarau, gempa bumi
atau ribut adalah sebahagian ujian Allah. Ujian itu terkena tanpa
mengira taraf keimanan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman turut
menerima kesannya sebagai ujian.

Rasulullah S.A.W bersabda diriwayatkan Tarmizi bermaksud:" Apabila
Allah mencintai sesuatu kaum, Dia menguji mereka. Sesiapa yang
redha akan mendapat keredhaan Allah dan sesiapa yang marah, akan
mendapat kemurkaan-Nya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :' Demi zat yang diriku ada
ditangan-Nya, tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada
hamba-Nya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya.
" (Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu, apabila berdepan dengan sesuatu bencana, tindakan
pertama ialah redha terhadap apa yang menimpa, kemudian dilakukan
usaha sepatutnya untuk mengurangkan kesan musibah dan seterusnya
memulihkannya kembali. Setiap musibah menimpa perlu diatasi untuk
mendapat kembali apa yang diingini. Jika mengalami penyakit, usaha perlu
dilakukan ialah ubat untuk kembali sihat. Begitulah dengan musibah lain
yang perlu ditangani.

Anggapan mengatakan setiap cubaan daripada Allah hanya perlu
dihadapi dengan redha dan berserah kepada takdir menentukan
adalah satu fahaman salah. Allah menyuruh kita berusaha mendapatkan
kembali keadaan asal, bahkan dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Allah
memberi kita akal untk memikirkan perkara kebaikan dan menyelesaikan
permasalahan hidup yang menimpa diri, keluarga dan masyarakat. Berserah
kepada Allah semata-mata tanpa berusaha bermakna tidak menggunakan
keistimewaan akal dan kebolehan yang dikurniakan Allah.

Sekiranya kita menerima sesuatu musibah dengan redha dan tenang,
Allah akan membuka rahmat-Nya dengan seluas-luasnya. Fikiran dalam
keadaan tenang dan bijaksana biar pun berdepan saat mencemaskan.
Tindakan yang dilakukan akan mendapat petunjuk daripada Allah
dan lebih mudah untuk diselesaikan. Sebaliknya , perasaan tidak menentu,
takut dan marah kepada apa yang menimpa akan menjadikan keadaan lebih
kelam-kabut.
Tanpa disedari diri kita lebih dikuasai oleh syaitan berbanding akal.
Syaitan bukan sahaja menunjukkan jalan yang salah bahkan menjauhkan
manusia daripada mengingati Allah.

Orang yang tidak dapat menerima hakikat apa yang menimpa dirinya
mudah berputus asa dan mencampakkan diri dalam kebinasaan.
Ramai orang berputus asa untuk terus berusaha mengubati penyakit yang
dialami yang dianggap tidak mungkin dapat disembuhkan lagi.
Sesungguhnya setiap usaha yang dilakukan untuk kebaikan akan mendapat
balasan daripada Allah. biarpun mungkin usaha dilakukan tidak memberi
apa-apa kesan positif, anggaplah itu sebahagian daripada menuruti
tuntutan agama dan balasan kebaikan diterima di akhirat nanti.
Sebagai muslim yang yakin dengan kuasa Allah ,
tidak ada apa yang mustahil bagi Allah. Banyak 'keajiaban' yang
Allah kurniakan kepada sesiapa yang tidak mudah menyerah kalah
dalam perjuangan hidup. Manusia hanya merancang, sedangkan
Allah menentukannya.

Firman Allah bermaksud:" Apa saja nikmat yang kamu perolehi
ialah daripada Allah dan apa saja bencana yang menimpa kamu ,
maka daripada (kesalahan) diri kamu sendiri " (Surah an-Nisa ayat 79)



No comments:

Post a Comment